This image for Image Layouts addon


CMT Bold 2023 (Edisi April - Disember)

Buku CMT Bold 2023 Edisi April - Disember ini merupakan kesinambungan daripada buku CMT Bold 2022/2023 yang telah diterbitkan pada pertengahan tahun 2023. Konsep buku ini sama dengan matlamat asal ianya diterbitkan iaitu menjelaskan konsep dalam menjayakan agenda universiti bagi memartabatkan kerjasama antara pihak industri dan dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seterusnya buku ini juga mengupas penerapan program yang menjurus seni komuniti agar ia melibatkan para industri dalam masyarakat dan UiTM. Pemantapan kolaborasi yang berlangsungan dengan konsep dan realiti hubungan menerusi pameran, sudut ilmiah, perkongsian ilmu dripada pakar dalaman terutaman dalam industri kreatif , e-Sukan dan inovasi.
View
This image for Image Layouts addon


Sebuah Travelog Buluh Bamboo Di Malaysia (Terjemahan Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris)

“Buluh” or bamboo in English is the most versatile and rapidly growing According to Kohl (2015), there are over 1,000 bamboo consumption plants in the face of the earth. It has become one of the important as a source of food, renewable raw materials, and re-generated energy materials in everyday life of the community for years, especially for sources. This bamboo can be used in construction, as cookware, food, those residing in the tropical countries such as Malaysia. Bamboo is a musical instruments, cultural arts and many more.
View
This image for Image Layouts addon


CMT NEWS 2020

Tahun 2020 ini telah memberikan satu sinar yang cerah untuk Hab Media Kreatif & Teknologi UiTM (CMT Hub) melalui kerjasama dengan pihak industri terutama sekali dalam bidang Kreatif & Teknologi. Sepanjang perjalanan CMT Hub tahun ini, terdapat pelbagai cabaran dan halangan dari pihak tertentu akan keyakinan CMT Hub ini, namun syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan yang diberi melalui beberapa program dan projek yang membuahkan hasil. Ucapan terima kasih juga perlu diucapkan atas usahasama pihak penggerak CMT Hub, pihak industri, pihak pentadbiran UiTM dan pihak fakulti yang mengambil bahagian dalam aktiviti serta mempamerkan bahan dari segi intelektual serta kreatif seperti yang dipaparkan dalam CMT News 2020 ini.
View
This image for Image Layouts addon


Momento 2019

Momento 2019 mempersembahkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Nazip Suratman yang banyak memberikan sokongan serta galakan kepada CMTHub dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan pameran dari fakulti dan pihak industri.
View
This image for Image Layouts addon


CMT Bold 2022/2023

Buku CMT Bold 2022/2023 ini menjelaskan konsep dalam menjayakan agenda universiti bagi memartabatkan kerjasama antara pihak industri dan dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seterusnya buku ini juga mengupas penerapan program yang menjurus seni komuniti agar ia melibatkan para industri dalam masyarakat dan UiTM. Pemantapan kolaborasi yang berlangsungan dengan konsep dan realiti hubungan menerusi pameran, sudut ilmiah, perkongsian ilmu dripada pakar dalaman terutaman dalam industri kreatif , e-Sukan dan inovasi.
View
This image for Image Layouts addon


Sebuah Travelog Buluh Bamboo Di Malaysia (Terjemahan Bahasa Melayu - Bahasa Arab)

Buluh merupakan tumbuhan daripada keluarga rumput yang mudah didapati di negara ini. Buluh ini senang untuk diolah sehingga menjadi pelbagai peralatan seperti peralatan masakan, perhiasan, perabot dan juga sebagai bahan pembinaan. Tumbuhan ini juga memberikan oksigen yang paling maksimum berbanding tumbuhan lain. Buluh boleh dikategorikan sebagai tumbuhan serba boleh dimana kekuatannya menandingi besi. Tambahan pula, pertumbuhannya yang pantas dan ‘sustainable’ atau mampan dari segi bahan yang dapat dikitar semula atau ‘re-cycle’dengan cepat dan banyak kelebihannya sehingga dipanggil sebagai ‘Green Gold’ kerana sifatnya yang serbaguna dan lestari.
View
This image for Image Layouts addon


Lakar Wanita Retrospektif 2020

Koleksi pameran ini mengimbau nostalgia dan menelusuri karya-karya awal yang berkisar tentang kisah alam semulajadi flora fauna dan wajah-wajah yang penuh cerita. Gambaran suka duka, riang tawa dan misteri dalam lakaran menghimpun rencah rasa tersendiri di antara pengkarya. Keunikan seni catan dan jahitan berserta sulaman disingkap semula bagi memungkinkan satu revolusi baru dalam gerak rasa berbeza dapat dicetuskan di masa hadapan.
View
This image for Image Layouts addon


CMT NORMS 2021

Norms CMT 2021 ini diterbitkan dengan mengambil kira pendekatan norma baharu yang terpaksa di adaptasi oleh pengurusan dan kakitangan CMTHub akibat dari kekangan perintah kawalan pergerakan yang masih dikuatkasakan sepanjang 2021 disebabkan oleh pandemik Covid-19. Pada tahun ini, CMTHub banyak memfokuskan kepada aktiviti dan program yang berteraskan teknologi khususnya yang berkaitan dengan teras utama UiTM iaitu teknologi dalam bidang pembelajaran dan pengajaran. CMTHub telah mengorak langkah untuk terus memacu Revolusi Industri (IR) 4.0. dengan melakukan kerjasama bersama beberapa pihak industri yang berteraskan teknologi. Antaranya adalah seperti RevMedia, KITAMEN, Kelab eSukan UiTM, Pusat Sukan UiTM, Lakar Wanita dan lain-lain.
View
This image for Image Layouts addon


Sebuah Travelog Buluh Bamboo Di Malaysia

Pertumbuhan buluh merupakan salah satu hidupan yang senang dijaga dan boleh tumbuh dengan mudah di mana-mana sahaja. Mengikut kajian, jika rumput boleh hidup maka buluh yang juga merupakan ‘keluarga dari jenis rumput’ pasti juga boleh hidup. Terdapat pelbagai jenis buluh di serata dunia dimana ianya merupakan tanaman yang pertumbuhannya sangat cepat yang boleh mencapai sehingga 70cm panjang sehari! Dengan ciri-cirinya yang unik, tumbuhan ini juga dikenali sebagai ‘pokok seribu guna’ . Kajian melalui beberapa jurnal mendapati pokok buluh dapat memberikan oksigen kepada manusia berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan pepohon yang lain.
View
This image for Image Layouts addon


Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK)

KEK merupakan kejohanan e-Sukan pertama yang dianjurkan di Malaysia yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. Buku Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) ini pula memperlihatkan kejohanan-kejohanan yang telah berlangsung selama dua semester dalam lima Zon iaitu Utara, Selatan, Tengah, Borneo, Timur dan pusingan akhir ‘Grand Final’. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Rafiq bin Razali selaku Chief Executive Officer (CEO) Media Prima Digital kerana sudi berkolaborasi dan mempercayai pihak CMTHub dan UiTM.
View

Contact Us

Hab Media Kreatif & Teknologi
Aras 3, Bangunan PTAR 1,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

cmthub@uitm.edu.my

Tel: +603-5521 1330