Image

Majlis Anugerah Seni Visual Peringkat Kebangsaan

Majlis Anugerah Seni Visual Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Dewan Annex UiTM Shah Alam telah berlangsung pada 31 Oktober 2022.

Program ini merupakan usaha kolaborasi KPM bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan UiTM. Program sebegini dapat membuka peluang kepada anak-anak yang berbakat dalam seni visual mempamerkan kreativiti mereka dan dalam masa yang sama mendidik mereka tentang bahaya gejala rasuah serta penyelewengan dalam kalangan masyarakat.

Saya harap agar pendekatan seperti ini diteruskan bagi mencungkil dan menggilap lebih ramai anak-anak yang berbakat dan seterusnya mengoptimumkan potensi mereka.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Teruskan usaha anda!
Image

Pentadbir KPSK UiTM Diiktiraf Sebagai Certified Human Resource Manager (CHRM)

Tahniah diucapkan kepada Encik Shamsol Kamal Shrriffudin Timbalan Pendaftar, Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia, KPSK, Encik Mohd Fadil bin Yusof Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Penyelidikan Dan Inovasi, KPSK dan Encik Mohd Kamil bin Mohamed Nor Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, KPSK kerana telah diiktiraf sebagai Certified Human Resource Manager (CHRM) oleh Malaysia Institute of Human Resource Management (MIHRM).

Pengiktirafan kelayakan itu disampaikan dalam Majlis Graduasi MIHRM yang sempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor UiTM dan Mr. Simon Benjamin, Presiden MIHRM di Universiti Malaya pada 1 Oktober 2022 yang lepas. Dalam majlis tersebut seramai 120 individu telah menerima Sijil Profesional dalam pengkhususan masing-masing. Semoga pengiktirafan ini akan melonjakkan kecemerlangan Pentadbir KPSK dengan tranformasi Pengurusan Sumber Manusia yang kompetitif.

Contact Us

Hab Media Kreatif & Teknologi
Aras 3, Bangunan PTAR 1,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

cmthub@uitm.edu.my

Tel: +603-5521 1330