Visi - Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi - Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Objektif

1.Memartabatkan nama UiTM dan identiti Malaysia dengan merintis peluang baru dalam bidang media, kreatif & teknologi dengan mengoptimumkan kesepakaran.

2.Menyumbang kepada masyarakat maju di dalam bidang industri media, kreatif dan teknologi.

3.Berfungsi sebagai penghubung bidang kreatif, sains, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain bagi memastikan ilmu baru dan aplikasi baru dapat diwujudkan bagi menyumbang kepada pembangunan modal insan.

4.Mengintegrasikan ilmu media dan kreatif sebagai pusat pemacu maklumat yang mengalakkan nilai tambah melalui pembudayaan teknologi inovasi dan pengkomersilan dalam penjanaan ekonomi kreatif yang mampan.

5.Mengintegrasikan ilmu media dan kreatif sebagai pusat pemacu maklumat yang mengalakkan nilai tambah melalui pembudayaan teknologi inovasi dan pengkomersilan dalam penjanaan ekonomi kreatif yang mampan.