Sejarah

CMT Hub ditubuhkan pada bulan Mei 2015 dan merupakan cetusan idea dari Yang Berhormat, Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT iaitu YBhg. Dato’ Prof Dr Asma Binti Ismail.

Penubuhan Kreatif Media & Teknologi Hub (CMT) merupakan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Universiti Teknologi MARA UiTM sebagai pusat perkembangan ilmu media kreatif dan teknologi serantau selari dengan dasar industri kreatif negara.