Dasar

 

Selari dengan Dasar Industri Kreatif Negara, HAB MEDIA KREATIF & TEKNOLOGI, ini berupaya menjadi medium pengemblengan dan penghasilan kebolehan dan bakat individu atau berkumpulan berasaskan seni, kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara dengan memberi penekanan kepada aspek karya dan hak cipta intelek selaras dengan budaya dan nilai-nilai murni kepelbagaian kaum di Malaysia.

 

Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2025) di dalam Lonjakan 2, (Kecemerlangan Bakat) menyatakan kecemerlangan bakat merujuk kepada komuniti akademik yang komited, berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti, menyokong pembangunan professional, memberi inspirasi kepada pelajar, berciri keusahawanan, mempolopori pengajaran dan pembelajaran progresif serta cemerlang dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan.